Wednesday, 27 July 2016

KIMPALAN ARKA JENIS FLUX CORED ARC WELDING (FCAW)

Kali ini kita membincangkan tentang kimpalan jenis FCAW pula. FCAW ni konsepnya lebih kurang sama dengan GMAW. Peralatan dan mesin juga sama. Bezanya cuma pada elektrod atau wire. Ianya menggunakan wire yang mempunyai flux ditengah tengah. Hasil kumai pula akan kelihatan seperti kumai SMAW kerana akan mempunyai lapisa slag atau sanga.

PRINSIP KERJA 

  • Proses Kimpalan Arka Teras Bersalut atau Flux Cored Arc Welding (FCAW) adalah proses yang menggunakan arka di antara suapan elektrod yang berterusan dengan kolam leburan kimpal, di mana wujud percantuman atau sebatian oleh kepanasan arka yang dihasilkan oleh leburan elektrod dengan logam asas.Proses flux cored arc welding adalah cabang daripada Shield Metal Arc Welding (SMAW). FCAW dikimpal daripada elektrod yang mempunyai flux dalam tiub wayar yang dilindungi karbon dioksida. Proses ini digunakan bersama dengan gas dari bekalan yang berasingan.

  • Proses kimpalan ini memerlukan elektrod gunahabis yang bersalut an gas pelindung, yang mana salutan pada filler wire dan gas pelindung berfungsi bagi melindungi leburan kimpal supaya tidak dicemari oleh atmosfera. Selalunya flux mengandungi campuran elemen yang mengubah kolam kecairan logam untuk kimpalan yang sesuai apabila logam siap dikimpal.

  • Flux Cored Arc Welding boleh dilakukan secara automatik atau separa-automatik, semua jenis logam boleh dikimpal dengan prases ini seperti keluli karbon, keluli aloi, dan keluli tahan karat dalam semua kedudukan, pemilihan gas pelindung yang sesuai, elektrod dan pelbagai kerja kimpal. Proses kimpalan ini menggunakan bekalan kuasa yang sama dengan GMAW tetapi elektrod yang berlainan.

  • Proses Flux Cored Arc Welding merangkumi suapan elektrod secara automatic dan berterusan, dawai elektrod gunahabis (filler wire) dilindungi oleh bekalan kuasa.Pemilihan elektrod atau dawai penambah dan gas pelindung adalah berpandukan kepada jenis logam yang akan dikimpal. Proses ini juga boleh digunakan bagi mengimpal pengerasan permukaan dan penambahan permukaan (padding).Bekalan kuasa yang digunakan untuk mesin kimpalan adalah jenis voltan malar. Arus kimpal yang biasa digunakan dalam proses Flux Cored Arc Welding ini ialah diantara 20-30 amp, pada voltan arka 18v dan keparas tertinggi 750 amp, pada voltan arka 50v. Penggunaan arus pada kekutuban berbalik sering digunakan dalam proses ini. 



 

CONSUMABLE


FILLER WIRE (LOGAM PENGISI)
  • Boleh didapati dalam bentuk kili atau gelung dengan saiz dan ukuran berbeza seperti bergarispusat 0.8, 1.0, 1.2, 1.4 dan 1.6mm.Peratus percampuran dalam elektod : Karbon 10%, Silikon 0.905%, Phrosperam 0.020%, Manganese 1.60% dan Salfat 0.020%.Gelung yang biasa adalah bergarispusat 300mm.

  • Terdapat 2 kaedah mendapatkan permukaan dawai yang bersih :


                                 I.          permukaan dawai yang mudah mengoksidan diminyakkan secara mekanikal.
                              II.           direndam dan dibasuh.


  
Jadual di bawah menunjukkan klasfikasi wayar flux core dan specifikasi semasa menggunakkannya
AWS
Classification
Shielding
Gas
Welding Position
Current &
Polarity
Minimum Tensile
Strength (PSI)





E70T-1C
CO2,
Flat/Horizontal
DCEP
70,000
E71T-1C/M
CO2,or Ar/CO2,
All
DCEP
70,000
E70T-2C/M
CO2,or Ar/CO2,
Flat/Horizontal
DCEP
70,000
E70T-3
None
Flat/Horizontal
DCEP
70,000
E70T-4
None
Flat/Horizontal
DCEP
70,000
E70T-5C/M
CO2,or Ar/CO2,
Flat/Horizontal
DCEP
70,000
E70T-7
None
Flat/Horizontal
DCEN
70,000
E71T-8
None
All
DCEN
70,000
E71T-9C/M
CO2,or Ar/CO2,
All
DCEP
70,000
E71T-11
None
All
DCEN
70,000
E71T-12C/M
CO2,or Ar/CO2,
All
DCEP
70,000



  GAS PELINDUNG


  • Berfungsi untuk melindungi kolam kimpal atau leburan logam kimpal daripada udara kasa atau atmosferaTerdapat 3 jenis gas utama iaitu gas karbon dioksida, argon dan helium dan terdapat juga gas pelindung yang yang digabungkan seperti percampuran Argon dan Helium, percampuran Oksigen dan Karbon Dioksida kepada Argon dan Helium dah percampuran gas Oksigen, Karbon Dioksida, Argon dan Helium.



Jadual dibawah menunjukkan jenis gas dan warna balang :
Jenis gas
Warna balang gas
Argon
Biru
Co2
Biege / Kuning
Argon + o2
Biru dengan lilitan hitam
Argon + co2
Biru dengan lilitan hijau
Helium
Coklet