PENGENALAN
Akta Pekerjaan
Keselamatan dan Kesihatan ( Akta 541 )
telah diwartakan pada 24.
February 1994, antara lain undang-undang
yang dibentuk menghendaki semua majikan mempunyai lebih dari lima pekerja
membentuk dengan jelas satu dasar bertulis Keselamatan dan Kesihatan ditempat
kerja. Garis panduan ini bertujuan membantu organaisasi menghuraikan dengan
jelas dasar keselamatan dan kesihatan mereka dengan menyatakan bahagian yang
penting seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
TUJUAN DASAR ( PURPOSE OF POLICY )
Dasar Keselamatan dan Kesihatan menunjuk dengan jelas secara memberi bukti atau contoh mengenai dan kewajipan/ tanggungjawab kepada memastikan keselamatan dan kesihatan kepada semua pekerja. Dasar ini bertindak sebagai satu asas untuk mewujudkan dan implementasikan programmes kepada kejaminan keselamatan dan kesihatan ditempat kerja. Matlamatnya dasar ini hendaklah memberi kesan kepada aktiviti kerja dan proses membuat keputusan untuk organisasi.
KEHENDAK ATAU TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN BERDASARKAN UNDANG – UNDANG. ( LEGAL REQUIRMENTS )
Pasal 16 dari Akta 514 menyatakan :
“ Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan ,adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu,dan membawa penyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerja.”
ISI KANDUNG KENYATAAN
Ada tiga bahagian terkandung didalam kenyataan dasar:
1. Kenyataan am dasar.
2. Organisasi
3. Susunan.
KENYATAAN AM DASAR ( TUJUAN KENYATAAN)
Bahagian pertama jelas dan ringkas, dan menjelaskan tujuan/tanggungjawab majikan kepada tumpuan keselamatan dan kesihatan kesihatan kepada keseluruhan kakitangan . Antara lain kenyataan ini hendaklah :-
a) Menyatakan majikan menerima tanggungjawab kepada keselamatan dan kesihatan pekerja dan kesemua yang mungkin terganggu atau terjejas disebabkan oleh aktiviti kerja.
b) Menjelaskan tujuan / sasaran dasar
c) Menetapkan pentingnya keselamatan dan kesihatan didalam semua jenis aktiviti.
d) Mengandungi rujukkan kepada lain-lain dokumen bahagian dasar yang mana akan menjelaskan lebih mendalam dan
Hendaklah bertarikh dan disahkan oleh pengerusi atau pengurus besar,atau sesiapa bertanggungjawab kepada organisasi diperingkat atasan
ORGANISASI / ORGANISATION
Bahagian kedua dokumen dasar hendaklah menjelaskan tanggungjawab organisasi kepada keselamatan dan kesihatan. Keutamaan bahagian ini ialah “siapa bertanggungjawab melakukan apa “
Pentingnya dasar hendaklah menjelaskan:
a) Senarai tanggungjawab keselamatan dan kesihatan kepada semua peringkat pengurusan , contohnya daripada pihak atasan hinggalah kepada penyelia, dan kakitangan ( jika ada )
b) Peranan pekerja dalam meimplementasikan dasar . Tiap- tiap pekerja bertanggungjawab tidak membahayakan diri mereka atau orang lain dengan tindakanya atau tidak bekerjasama dalam semua pekara atau tindakan yang disediakan untuk keselamatan dan kesihatan.
c) Sturktor dan fungsi-fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan lain-lain jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalaman organisasi ( jika ada ).
PENYUSUNAN / ARRANGEMENTS
Bahagian ketiga dokumen dasar ini menjelaskan susunan dan prosidur sistem kerja. Bahagian kenyataan dasar ini menjelaskan bahaya-bahaya dan kaedah-kaedah cara menanganinya. Antara lain, penyusunan kenyataan ini hendaklah menjelaskan dengan detil dan termasuklah caramana dasar am ini akan dilaksanakan. Ini termasuklah :-
a) Penyusunan untuk latihan dan arahan –arahan.
b) Penerangan apa-apa bahaya yang mungkin ada dalam proses, tindakan pengawalan dan caramana pekerja sepatutnya bekerjasama untuk keselamatan dan kesihatan mereka.
c) Menjelaskan sistem kerja yang selamat, dan prosidur, peraturan kerja selamat
d) Skim sumbangan, guna dan menjaga alat pelindung diri
e) Prosidur untuk laporan dan penyiasatan kemalangan ; dan
f) Tindakan masa kecemasan seperti kebakaran dan persediaan seliaan bantuan kecemasan.
LAIN – LAIN TUNTUTAN DIBAWAH SYEKSEN 16( OTHER REQUIREMENTS UNDER SECTION 16 )
Majikan hendaklah / Employers should
Memberi tahu semua pekerja tentang dasar keselamatan dan kesihatan
Menyemak dan mengubah kesesuaian dasar dari masa kesemasa
Memberitahu semua pekerja apa-apa perubahan kepada dasar
Adalah mustahak iaitu kandungan dasar diberi tahu semasa menjalankan induksi dan latihan kerja. Kenyataan dasar hendaklah dipamerkan di papan kenyataan atau ditempat-tempat stratigik.
PENALTI / PENALTIES
Majikan yang mengingkari peruntukan akta boleh didenda tidak menebihi RM 5000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
PENUTUPAN / CONCLUSION
Majikan hendaklah memberi keutamaan kepada merumuskan satu dasar keselamatan dan kesihatan bertulis untuk tempat kerja mereka serta mempastikan kejayaan program keselamatan dan kesihatan. Begitu juga sama pentingnya kepada pekerja memastikan dasar berkenaan dilaksanakan ditempat kerja. Pendek kata dasar ini bukan hanya diatas kertas tapi satu arahan yang mesti dipatuhi.
No comments:
Post a Comment