PEMOTONGAN GAS OXY ACETYLENE


APA ITU OXY ACETYLENE


Memotong dengan gas ialah satu proses memotong logam dengan menggunakan gas bahan api dan oksigen. Gas-gas seperti asitilin, butane dan hydrogen ialah diantara gas yang digunakan sebagai penyalaan api sementara gas oksigen pula digunakan sebagai gas bantuan penyalaan yang boleh menaikkan suhu api penyalaan bagi melebur dan memotong logam. Semua gas-gas ini dimampatkan ke dalam selinder keluli ke tahap tekanan tinggi yang ditentukan.
Kedua-dua gas ini bercampur ke dalam ruang pencampuran yang berada pada tunu pemotong yang mengujudkan nyalaan api memotong. Dalam bahagian ini akan diterangkan bagaimana mengenal dan melengkapasang peralatan memotong dengan gas oksi-asitilin kerana kaedah ini paling banyak digunakan dalam industri tempatan.


ALAT PERKAKAS DAN BAHAN


1. Selinder oksigen.
2. Selinder asitilin.
3. Alatur oksigen dan alatur asitilin.
4. Penahan nyalabalas.
5. Perangkai dan kelip.
6. Hos oksigen dan hos asitilin.
7. Tunu pemotong.
8. Muncung sumpitan memotong.
9. Kunci gandar dan spana.
10. Pepandu pemotong.
11. Pencuci muncung.
12. Pemetik api.
13. Gogal.


SELINDER GAS OKSIGEN


Diperbuat dari logam pepejal keluli pembuluh yang dindingnya dicat dengan warna hitam. Mempunyai injap laluan tekanan gas yang diperbuat dari gangsa tuangan yang berbenang arah ke kanan untuk disambungkan dengan alat atur tekanan gas.

Saiznya ialah 7 meter padu atau 240 kaki padu. Jumlah tekanan gas oksigen yang dimampatkan  ialah 137 bar atau 1800 lbs/in 2.



SELINDER GAS ASITILIN


Diperbuat daripada logam pepejal keluli pembuluh yang dindingnya dicat dengan warna merah sebam ( marron ). Mempunyai soket injap laluan tekanan gas yang diperbuat dari logam gangsa tuangan yang telah dibenangkan arah kekiri untuk disambungkan ke alatur  tekanan gas.

Saiznya 6 meter padu atau 250 kaki padu, di dalamnya telah dimuatkan dengan jisim telap dan cecair asiton.
Tekanan gas yang dimampatkan ialah 13 bar atau 226 lbs/in 2.
Mempunyai palam kecemasan berlakur di bawahnya dan akan terlebur pada suhu 100 0 C atau 212 0 F. 




ALATUR TEKANAN GAS


Alatur tekanan gas mempunyai dua jenis iaitu pengatur tekanan dua peringkat digunakan untuk sistem pancarongga dan pengatur satu peringkat untuk sistem kendali tunggal.
 
Pengatur ini mempunyai dua tolok iaitu tolok tekanan selinder dan tolok tekanan kerja. Untuk gas asitilin perangkainya dibenangkan arah kekiri dan ditanda dengan lubang alur pada segienamnya sementara perangkai oksigen pula dibenangkan arah ke kanan tanpa tanda pada segienamnya.



PENAHAN NYALABALAS


Penahan nyalabalas juga digunakan sebagai alat yang bertindak menghalang nyalaan api meresap masuk ke tabung gas selepas berlaku letupadam dan nyalabalas, dari tunu pemotong. Alat ini biasanya dipasang terus ke pengatur tekanan.

Alat ini mempunyai fius amaran set semula. Apabila berlaku tekanan gas terlampau kuat atau nyalaan api meresap ke dalam hos, maka tuas ini akan naik dan menutup injap laluan gas.




1 comment:

  1. apa yang membolehkan gas asitilina boleh menjadi gas asitilina..

    ReplyDelete