PRINSIP KERJA
SMAW menggunakan elektrod atau welding rod sebagai bahan untuk mengalirkan arus dan voltan elektrik. Arc (Arka elektrik) yang terbentuk di hujung elektrod dan bahan kerja akan menghasilkan haba seterusnya meleburkan kedua duanya (weld pool) dan menghasilkan sambungan atau kumai (weld deposit) apabila menyejuk.
Struktur electrode mempunyai core wire (besi teras) di dalam sebagai filler material (bahan tambah) dan jenis bahan core wire mestilah sama dengan bahan yang nak dikimpal.
Di bahagian luar elektrod pula diselaputi flux yang bertindak sebagai pelindung arka (arc shielding). Semasa proses perleburan, flux yang terbakar menghasilkan gas shielding (gas pelindung) untuk melindungi arka dari atmosfera atau udara luar. Dengan ini, ia dapat mengelak berlakunya kecacatan pada kumai seperti porosity, crack, incomplete fusion dan sebagainya. Selain itu, kandungan tertentu flux juga dapat meningkatkan deposition rate (kadar deposit) elektrod.
Semasa proses penyejukkan kumai, sanga (solidified slag) akan terbentuk di bahagian atas kumai (weld deposit). Ianya berbentu kepingan dan harus dibuang apabila selesai mengimpal.
Kita akan membincangkan secara lebih terperinci tentang jenis-jenis elektrod SMAW pada post yang akan datang.
PERALATAN MESIN SMAW
Gambarajah di bawah menunjukkan peralatan dan bahan yang digunakan dalam proses SMAW.1. Mains supply - Sumber elektrik. Selalunya supply 3 phase untuk industri dan kilang besar. Single phase untuk kegunaan industri kecil atau rumah.
2. Power source - Ini adalah mesin welding SMAW tu sendiri. Mesin ni diukur dengan julat atau range bacaaan output Amperage atau arus elektrik.
3. Elektrod holder (hand piece) - Pemegang untuk mengepit elektrod dan welder akan memegang holder apabila sedang mengimpal.
4. Electrode lead / cabel - Kabel elektrik yang menghubungkan elektrod holder dan Power Source.
5. Work Clamp - Pengepit untuk menghubungkan arus elektrik ke benda kerja atau meja kerja (besi)
6. Work (return) lead / cabel - Kabel elektrik yang menghubungkan mesin SMAW dan Work clamp.
7. Chipping hammer - Alat untuk membuang Slag (sanga) dan spatter pada permukaan Weld bead (kumai).
8. Wire brush - Untuk membersihkan kan permukaan kumai.
Kita akan membincangkan lagi tentang SMAW secara terperinci seperti jeis elektrod, kesan arus dan voltan, polarity arus dan posisi mengimpal di post akan datang
Sekian , Terima Kasih
terima kasih banyak :)
ReplyDeleteSemangat yang blajar
ReplyDelete