Apa itu kimpalan arka
Kimpalan arka (arc welding) ialah jenis kimpalan yang paling biasa dan banyak digunakan di dalam industri. Ianya hanya digunakan untuk penyambungan besi atau keluli sahaja.Prinsip Kerja
Umumnya, proses kimpalan arka ialah proses kimpalan yang melibatkan pemanasan atau peleburan logam asas dari arka elektrik. Arka elektrik terhasil apabila berlaku perbezaan voltan dan arus elektrik antara hujung elektrod dengan permukaan logam benda kerja. Arka yang terbentuk akan menghasilkan haba yang tinggi yang meleburkan benda kerja dan hujung elektrod untuk membentuk satu kolam leburan. Sebatian kolam (weld pool) itu akan membentuk kumai (weld bead) yang disaluti oleh satu lapisan yang dikenali sebagai jemang (slag). Kumai yang terbentuk itu akan menghasilkan satu sambungan yang kekal.Arka mesti dilindungi dari persekitaran atmosfera untuk mengelakan kecacatan (defect) pada kumai kimpalan dengan mengunakan salutan flux atau gas.
Gambarajah di bawah menunjukan litar arus elektrik dan arka yang terhasil antara benda kerja (workpiece) dan elektrod.
Jenis - Jenis Kimpalan Arka
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW)
- Gas Metal Arc Welding (GMAW)
- Flux Cored Arc Welding (FCAW)
- Gas Tungsten arc Welding (GTAW)
- Sub-merged Arc Welding (SAW)
No comments:
Post a Comment