Prinsip Kerja
GTAW adalah proses kimpalan Arka. Ianya menggunakan sumber tenaga elektrik untuk menghasilkan arkab diantara elektrode tungsten dengan logam asaa. Arka mencair logam asas untuk membantu kimpalan, jika diperlukan logam penambah boleh ditambah. Gas hadir atau cantuman gas biasanya digunakan untuk menghalang pengoksidaan atau oleh atmosfera. Kimpalan yang terhasil tidak mempunyai sangga kerana tiada fluk digunakan semasa kimpalan. Proses GTAW boleh digunakan untuk mengimpal pelbagai jenis logam termasuk Aluminum. GTAW biasanya digunakan untuk larian penembusan, manakala larian penukupan biasanya menggunakan GMAW atau FCAW atau SMAW.
ELEKTROD YANG DIGUNAKAN DALAM KIMPALAN GTAW.
Dalam proses GTAW, Tungsten merupakan elektrod yang digunakan untuk menyalakan arka elektrik di antara elektrod tungsten dan logam dasar (base metal). Ianya merupakan bahan gunahabis (consumables) yang tidak cair bersama logam kimpal (weld metal). Fungsi utama elektrod Tungsten ialah sebagai satu terminal elektrik bagi arka kimpalan. Takat lebur bagi Tungsten ialah pada 31400C.
Terdapat 5 jenis elektrod tungsten yang digunakan dalam TIG. Elektrod ini dibuat 150mm panjang dan bergaris pusat 1.2mm-5.0mm yang mana ia mempunyai sukatan arus minima dan maksima pada tiap-tiap jenis elektrod ini. Apabila arus yang terlalu tinggi digunakan ian akan mengjadi terlalu panas dan terbakar dan jika sebaliknya, ia akan menunjukan arka yang tidak tepat. Tahap kecairan elektrod tungsten adalah 33920C.
|
|
|
Thoriated Tungsten Ampere (DC)
|
Zirconiated
Tungsten Ampere (AC)
|
|
1.2
|
70
|
40
|
1.6
|
745
|
55
|
2.4
|
240
|
90
|
3.2
|
380
|
150
|
4.0
|
440
|
210
|
5.0
|
500
|
275
|
Kandungan chemical dalam tungsten elektrod
AWS Klasifikasi
|
Tungsten min.%
|
Thoria,
%
|
Zirconia, %
|
Sebatian lain, max, %
|
EWP
EWTh-1
EWTh-2
EWTh-3
EWZr
|
99.5
98.5
97.5
98.95
99.2
|
-
0.8 - to 1.2
1.7 to 2.2
0.35 to 0.55
-
|
-
-
-
-
0.15 to 0.40
|
0.5
0.5
0.5
0.5
0.5
|
Terdapat warna dan kod yang di khaskan bagi pengenalan
setiap elektrod, Jadual jadual dibawah ini
menjelaskan beberapa faktor dan juga cadangan yang disarankan bagi jenis arus yang digunakan dan sebagainya.
Sila lihat jadual dibawah ini:
Pengenalan
Elektrod
|
Warna
|
EWP
|
Hijau
|
EWTh-1
|
Kuning
|
EWTh-2
|
Merah
|
EWTh-3
|
Biru
|
EWZr
|
Coklat
|
Tungsten Elektrod dan Gas Pelindung untuk kimpalan yang berbeza
Jenis
logam
|
|
Elektrod
|
Gas
|
Aluminum
|
Alternating Current
(AC)
|
Pure atau Zirconium
|
Argon atau
Argon-Helium.
|
Copper, Copper alloy,
Magnesium
|
DCEN, AC 1/8”
AC, DCEN 1/8”
|
Thoriated pure atau
Zirconium
|
Helium, Argon
|
Nikel, Nikel alloy,
plain carbon, Keluli kalis karat, Titanium
|
DCEN
|
Thoriated
|
Argon
|
Warna Kod dan kandung sebatian dalam Tungsten Elektrod
Alloy
|
|
Kandungan Alloy
|
Pengoksidaan Alloy
|
EWP
|
Hijau
|
-
|
-
|
EWCe-2
|
|
Cerium
|
Ceo2
|
EWLa-1
|
Hitam
|
Lanthanum
|
LaO3
|
EWTh-1
|
Kuning
|
Thorium
|
ThO2
|
EWTh-2
|
Merah
|
Thorium
|
ThO2
|
EWZr-1
|
Coklat
|
Zirconium
|
ZrO2
|
EWG
|
Kelabu
|
-
|
-
|
Elektrod tungsten mempunyai kod warna dan makna mengikut hurufnya.
E
- Wulferum / tungsten
Th1 - 1% - Thoriated EwTh1 - Yellow
Th2 - 2% - Thoriated EwTh2 - Red
Th3 - 3% - Striped Tungsten EwTh3 –
Blue
1- Tungsten Tulen (Ew)
Tiada unsur lain yang
dicampur kedalam logam tungsten. Ia diwarnakan dengan warna hijau dihujungnya.
Ia sangat berkesan pada ACHF untuk mengimpal aluminium dan magnesium sahaja.
Suhu kecairan nya ialah 6106°F. Ia boleh
digunakan keatas logam lain dengan menggunakan
DCSP dan hujung eelektrod ditajamkan tetapi arkanya tidak stabil untuk
mengimpal aluminium dan megnesium, hujungnya mestilah dibulatkan.
2.
Zirconium EwZr
Dibuat sama tugas
dengan tungsten tulen. Perbezaanya ialah 0.5% zirconium dan harganya lebih
mahal daripada tungsten tulen untuk tugas-tugas kritikal pada logam aluminium
dan magnesium. Warana kod adalah coklat.
3.
1% Thoriated tungsten EwTh1
Ia dibuat khas untuk
mengimpal tembaga dan aloi tembaga mempunyais suhu kecairan yang rendah. Bila
mengimpal tembaga, matanya hendaklah ditajamkan. Harganya murah sedikit dari 2%
thoriated tungsten EWTh2. Kegunaan nya keatas semua jenis logam. Persediaan
hujungnya boleh dibuat samada dibulatkan atau ditajamkan. Ianya mahal sedikit
daripada tungsten tulen dan digunakan logam yang mempunyai kecairan yang
tinggi. Ia mempunyai thoriated oxide dan suhu kecairan 6290°F. Kod warnanya adalah merah. Ia dibuat
menggunakan DCSP tetapi boleh menggunakan ACHF.
4. Strip tungsten EwTh3
Merupakan tungsten yang
baru gabungan daripada tungsten tulen dan 2% thoriated tungsten. Digunakan
untuk mengimpal aluminium, magnesium dan logam-logam nipis. Mengunakan DCSP dan
hujungnya hendaklah ditajamkan.
Persediaan
hujung elektrod
- Hujung elektrod hendaklah dicanai dengan
cermat untuk mendapatkan hujung mata yang
betul. Pastikan tanda tempat pencanai itu diputaran mengikut
sepanjang tirusan.
- Untuk kimpalan arus terus hujung elektrod
hendaklah tajam. Panjang tirusan pada tiap-tiap saiz elektrod hingga bergarispusat 3.2
mm ialah 3 kali garispusat elektrod berkenaan dan 3.2mm keatas ialah 2
kali garispusat elektrod.
- Bagi kimpalan AC hujung matanya hendaklah
dibulatkan
Pemilihan
elektrod
Bergantung pada ciri-ciri dibawah ini :
- Ketebalah logam asas
- Penggunaan gas pelindung
- Arus bagi kekutuban ( polarity )
- Reka bentuk sambungan
- Kedudukan sambungan
- Jenis torch.
GAS PELINDUNG
Jenis gas
pelindung:
a.
Argon
b.
Helium
c.
Campuran
Argon-Helium
d.
Campuran
Argon-Hidrogen
Fungsi gas
pelindung:
- Melindungi
elektrod daripada udara.
- Melindungi
logam cair daripada udara.
- Medium
pemindahan tenaga haba dari tungsten ke logam asas.
- Membantu
menyalakan arka.
- Mengstabilkan
arka.
- Membantu
mengawal pembentukan kumai dan penembusan.
PENYIMPANAN GAS
Pada kebiasaannya gas dibekal dalam
bentuk silinder bertekanan tinggi kerana mudah untuk digerakkan. Apabila proses
pemindahan gas, perkara berikut hendaklah dititik beratkan:
- Sentiasa
pastikan penutup keselamatan (safety cap) dipasangkan diatas injap (valve)
kecuali apabila silinder hendak dipasang dan digunakan.
- Pastikan
silinder di ikat pada dinding, tiang atau struktur yang boleh menghalang
silinder daripada tumbang semasa digunakan.
- Sentiasa
mengunakan pengakut silinder (Cylinder cant) semasa memindahkan silinder.
- Jangan
gantung silinder menggunakan pengangkut. Silinder kerana ia mudah
tergelincir daripada pengakut. Gunakan bakul atau bekas untuk mengangkut.
- Buka
injap silinder dengan perlahan-lahan sehingga sepenuhnya. Ini untuk
mengelakkan kebocoran pada batang atau leher injap.
# Silinder gas hendaklah dijaga kerana
ia mengandungi gas bertekanan tinggi. Jika injap patah atau rosak letupan akan
berlaku dan ini akan menyebabkan kematian atau kecederaan teruk.
No comments:
Post a Comment